You seem to be located in .

Go to your Scania market site for more information.

MOT, JKJR & SCANIA LAUNCHED NATIONAL ROAD SAFETY CAMPAIGN IN CONJUNCTION WITH CHINESE NEW YEAR 2016

Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya peringkat kebangsaan sempena perayaan Tahun Baru Cina 2016

 

KUALA LUMPUR, 29 Januari 2016 – Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) menganjurkan Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2016 di Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan hari ini. Bertemakan “Berhati-hati Dalam Perjalanan, Selamat Ke Destinasi,” kempen tersebut telah mendapat sokongan dan kerjasama pelbagai jabatan, agensi, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta. Kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) ini meliputi pelbagai aspek dan intervensi bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di musim perayaan ini.

 

Majlis pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Ab Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia. Sebanyak 100 goodies bag diagihkan kepada orang ramai semasa Sesi Mesra Rakyat YB Timbalan Menteri Bersama Pengguna Terminal Bersepadu Selatan sebaik sahaja sesi pelancaran.

 

Scania Asia Tenggara telah menjadi penaja utama majlis pelancaran kempen keselamatan peringkat kebangsaan.

Kempen ini juga dijalankan di seluruh Malaysia oleh JKJR negeri dengan kerjasama pelbagai agensi/jabatan/pihak swasta di negeri masing-masing. Kempen secara besar-besaran ini dapat meningkatkan tahap Perception of Being Caught (POBC) pengguna jalan raya sekaligus menjadikan pemandu lebih berhati-hati ketika di jalan raya.