You seem to be located in .
Go to your Scania market site for more information.
Malaysia
Sales region
Production units

TMS P=13 Generasi Baru Di Dalam Eranya Tersendiri

MAJLIS PERASMIAN BADAN BAS BARU TERUS MAJU SERVICES SDN BHD Model P-13 telah dirasmikan hari ini oleh YB Datuk Haji Johan bin Abdul Aziz di Syarikat Terus Maju Services Sdn Bhd, Semenyih, Selangor.

Syarikat Terus Maju Services Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1990 di mana matlamat dan sasaran penubuhan Terus Maju ini adalah untuk memberikan perkhidmatan pengangkutan bas kepada para pekerja dan pelajar di kawasan setempat.

Selari dengan pembangunan dan keperluan pasaran, Terus Maju telah melakukan transformasi pada tahun 2006 daripada perkhidmatan pengangkutan bas kepada bidang pembuatan badan bas. Diawal pembabitan, Terus Maju hanya memfokuskan 30 peratus daripada keseluruhan perniagaan. Kini tahap transformasi tersebut telah meningkat sehingga 60 peratus berdasarkan pengalaman, kepakaran pekerja dan kapasiti Terus Maju telah bertambah selain mengekalkan perkhidmatan lain yang sedia ada.

Dalam merealisasikan transformasi menjadi sebuah syarikat pembuatan bas, Terus Maju terus mendapat sokongan teknikal dan pemasaran dari Syarikat Scania Malaysia Sdn Bhd dengan membekalkan casis bas.

Majlis perasmian pada hari ini juga akan menyaksikan Syarikat Terus Maju Services bersama-sama Scania Malaysia Sdn Bhd akan menandatangani memorandum persefahaman iaitu dengan menetapkan pembelian casis bas sekurang-kurangnya 25 buah dalam setahun.

Model P-13 sesuatu yang dinamik kerana pembuatannya yang ekonomi daripada gabungan bahan-bahan yang berkualiti mengikut standard pembuatan bas. Model ini  sebenarnya memberikan inspirasi pelanggan mengenai keselesaan sebenar dari segi tinggi, berat dan kekuatan strukturnya. Menggunakan besi high tensile galvanised hollow yang anti karat serta bahan-bahan yang berkualiti tinggi di samping mengekalkan harga yang berpatutan dan sesuai dimiliki.

Ruangan dalam P-13 juga telah direka untuk memberikan penglihatan maksimum dan keselesaan ketika berada di dalamnya. Anda boleh menikmati perjalanan dengan penuh kepuasan melalui sistem hiburan dengan skrin LED TV dan bunyi yang berkualiti tinggi.

Mempunyai ciri-ciri dalaman yang santai tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata, hanya diketahui oleh pengalaman perjalanan itu sendiri.

P-13 adalah sesuatu yang lebih baik dalam pembuatan. Satu generasi dan model baru kenderaan dalam dunia pengangkutan yang lebih progresif. Pelbagai pilihan jenis enjin dengan kuasa keupayaan yang lebih tinggi, sistem elektronik yang canggih, pengendalian yang mudah serta selesa ketika pemanduan di jalanraya.

Scania (Malaysia) Sdn Bhd

Standard bagi Casis Scania yang telah ditetapkan  bertaraf dunia bagi penjimatan bahan api, keselesaan, keselamatan, kebolehpercayaan dan masa hidup yang tinggi. Scania Malaysia Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pengeluar terkemuka bagi lori berat, bas, marin, industri dan enjin penjanaan kuasa.

Scania menghantar bas dan kos dan juga casis bas dengan kapasiti penumpang yang lebih tinggi untuk digunakan sebagai kos pelancongan dan perkhidmatan antara bandar dan bandar. Permintaan untuk pengangkutan penumpang yang efisien dan mampan, terutamanya dalam bandar yang bertumbuh pantas di rantau pasaran berkembang.  

Model Casis Scania yang terbaru ialah K2501B4x2 & K3601B4x2 bagi penggunaan yang menghubungkan kawasan bandar ke bandar lain, dengan penggunaan enjin Euro 3 yang menitik beratkan alam sekitar. Dibina dengan teknologi terkini dalam pelepasan EGR, enjin global baru ini menawarkan tork lebih tinggi pada putaran rendah dan penggunaan bahan api yang lebih rendah.

Disamping itu standard elektronik yang dikawal oleh Sistem Penyekatan Anti-lock (Eletronically  Blocking System-EBS) serta Traction Control (TC) – merupakan spesifikasi yang standard bagi keseluruhan bas Scania. Bas baru juga dilengkapi dengan kecanggihan yang lain seperti 8 kelajuan Scania Opticruise dengan kick-down dan penyejukan minyak kotak gear, Sistem Retarder Scania dan stereng boleh laras sepenuhnya serta udara penuh bagi suspension, dapat memastikan pengalaman memandu yang lebih selamat dan lebih selesa.

Penggunaan bahan api yang rendah, kebolehpercayaan yang tinggi dan keperluan penyelenggaraan yang minimum adalah penting kepada keberuntungan operator bas dan koc. Scania menawarkan penyelesaian menyeluruh dengan perjanjian perkhidmatan dan pembaikan yang tersuai, termasuk penyelesaian kewangan dalam banyak kes.

Selaras dengan ini, Scania Kredit Malaysia baru-baru ini telah menawarkan perkhidmatan kewangan kepada pelanggan di Malaysia. Scania kredit adalah satu pakej penyelesaian kewangan yang fleksibel dan menyeluruh yang menyediakan perkhidmatan kewangan pelbagai seperti sewa beli dan pajakan bagi perolehan trak, bas dan lain-lain produk yang berkaitan kepada pelanggan Scania yang berkelayakan.

 

From left : TMS Executive Director Loo Kiat Keong, Semenyih Assemblyman Datuk Johan Abdul Aziz, TMS Managing Director Loo Kok Seong and Sales Director of Scania Southeast Asia Johan Ekberg